top of page
Screenshot 2023-07-25 160527.png

FISIOTERAPI & REHABILITASI

s
Bekam

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat.

 

Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

gs
Sakit Lutut

Sakit lutut boleh terjadi kerana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut, lutut atau ligamen dan tulang rawan lutut. Masalah sakit ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan biasanya ia diikuti dengan masalah untuk melakukan aktiviti fizikal.

ad
Akupuntur

Rawatan akupuntur adalah sejenis rawatan alternatif tradisional yang dicipta khas untuk merawat masalah otot dan tisu yang sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Cara rawatan ini berfungsi juga sama iaitu dengan menggunakan jarum untuk mencucuk titik ideal pada tubuh badan untuk melegakan kesakitan tertentu.

dgg
Sakit Tumit

Punca sakit tumit kaki biasanya disebabkan oleh plantar fasciitis iaitu satu keadaan yang dipanggil sebagai sindrom bonjolan tulang (heel spur syndrome).

Ia adalah keadaan di mana terdapat bonjolan tulang pada tulang tumit, iaitu pada bahagian bawah tulang.

ar
Trigger Finger

Trigger Finger adalah satu penyakit jari yang am dialami. Puncanya disebabkan oleh keradangan dan seterusnya penyempitan sarung retinacular. Ini akan menyebabkan kesakitan, bunyi “pop”, dan kehilangan pergerakan jari yang terjejas.

 

Walaupun ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja, ia di dapati lebih kerap dalam populasi pesakit kencing manis dan wanita, biasanya dalam linkungan umur 50an dan 60an.

s
Carpal Tunnel Syndrome

Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan kesakitan Saraf Median akibat tekanan yang berpanjangan. Himpitan saraf Median pada pergelangan tangan berlaku dalam tempoh yang berbeza-beza (minggu, bulan dan tahun) turut diistilah sebagai Cumulative Trauma Disorders.

gfa
Frozen Shoulder

Bahu Frozen ialah kondisi di mana tisu penghubung sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan.

gad
Bell Palsy

Palsi Bell ialah satu bentuk penyakit yang berkaitan dengan kerosakan saraf. Ia boleh didapati dalam 2 di antara 10,000 orang. Palsi Bell melibatkan kerosakan dalam saraf muka ke-7. Sebabnya tidak jelas walaupun mungkin boleh jadi disebabkan jangkitan herpes.

jue
Slip Disc

Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.

bottom of page