Program SUNATHON MEGA.
-
16 Disember 2023
-
Walid Media
Program sunat beramai-ramai yang diberi nama SUNATHON MEGA telah berlangsung pada 16 Disember 2023 yang bertempat di Masjid Jamek Tasek Gelugor dengan jayanya. Menerima lebih 120 penyertaan dari anak-anak ahli kariah dan orang awam sekitar. Program mendapat bantuan dari Unit Bomba dan Penyelamat bagi memulakan majlis mandi air siraman dari pihak bomba.

Program ini melibatkan hampir semua doktor yang berkhidmat dengan Poliklinik Walid yang datang dan membantu untuk kelancaran program. Dimulakan dengan anak-anak kariah dan bersambung dengan anak orang awam. Banyak gelagat yang mencuit hati melihatkan ragam anak-anak kecil ini disunatkan.


Selain itu, untuk mengurangkan debaran anak-anak sebelum disunatkkan pihak poliklinik walid ada menyediakan beberapa jenis makanan antaranya adalah aiskrim dan sate ikan dan beberapa makanan lain. Selain itu ada juga makanan yang diberikan oleh penduduk setempat.


Akhir sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak masjid kerana membantu melancarkan program sunat kali ini. Mohon maaf jika ada kesilapan dari pihak kami Poliklinik walid sepanjang program ini berlangsung.
